1. Lemon & Minyak Kelapa
Buah lemon mengandungi pelbagai khasiat seperti vitamin B, C dan juga mineral phosphor. Khasiat ini sangat penting untuk pemeliharaan sel-sel pigmen di folikel rambut dan pada masa yang sama ia dapat membantu memudarkan rambut beruban.
Cara rawatan : Campurkan 2 sudu kecil perahan lemon ke dalam 2 sudu makan minyak kelapa. Didihkan selama 1-2 minit hingga hangat. Biarkan sejuk dan gunakannya untuk mengurut kulit kepala dan usapkan pada rambut secara rata. Biarkan 30 minit hingga khasiatnya menyerap. Bilas dan cuci bersih dengan syampu dan perapi. Amalkan 2 kali seminggu.
2. Teh Hitam
Diperkaya dengan bahan antioksidan, teh hitam dapat mencegah penumbuhan uban. Ia juga dapat membantu menggelapkan warna rambut dan membuatnya kilat.
Cara rawatan : Ambil 2 sudu kecil serbuk teh, letakkan dalam cawan berisi sedikit air. Saring teh dan oleskan pada rambut dan kulit kepala. Urut kulit kepala perlahan-lahan untuk 10-15 minit dan biarkan selama 1 jam. Kemudian, bilas rambut, cuci bersih dengan syampu dan perapi. Amalkan tiga kali seminggu.
3. Daun Kari
Bau daun ini harim dan ia sering digunakan untuk memasak lauk kari. Selain dijadikan bahan masakan, daun kari juga dikatakan dapat memulihkan pigmen melanin di folikel rambut dan membantu mengembalikan warna rambut. Ia kaya dengan khasiat vitamin B yang dapat membantu merangsang tumbuhan rambut dan vitamin pigmentasi.
Cara rawatan : Rebus segenggam daun kari bersama 3 sudu makan minyak kelapa. Angkat, sejukkan dan saringkan minyak. Biarkan sejuk kemudian urut di kulit kepala selama 15 minit dan usapkan rata pada rambut. Biarkan selama 30 minit atau biarkan semalaman. Kemudian bilas bersih dan cuci rambut dengan syampu dan perapi. Ulang dua hingga tiga kali seminggu.
4.Bawang Besar
Banyak kegunaan bawang. Selain menjadi bahan masakan, bawang juga dapat memperbaiki tesktur rambut dan didapati dapat mengurangkan uban.
Cara rawatan : Bawang dicencang kecil dan campurkan dengan 1 sudu makan minyak zaitun. Tapis bahan. Ambil minyak dan oleskan pada rambut dan kulit kepala selama 10 minit dan biarkan selama 30 minit. Bilas bersih dengan air dan cuci rambut dengan syampu dan perapi. Amalkan dua kali seminggu.
5. Biji Betik
Menurut kajian, kandungan dalam biji buah betik ternyata mengandungi pigmen yang serupa dengan melanin dan khasiat dari zat ini dapat membantu untuk menghitamkan rambut.
Cara rawatan : Sangar biji betik hingga kering. Kemudian tumbuk atau kisar hingga halus dan campurkan dengan minyak kelapa secukupnya. Kemudian sapukan pada rambut perlahan-lahan dan mengurutnya pelahan-lahan. Biarkan 30 minit atau sampai kering. Kemudian bilas bersih dan syampu rambut.
6. Lidah Buaya
Diperkaya dengan pelbagai khasiat, lidah buaya sering digunakan sebagai pewarna semula jadi untuk mewarnakan rambut kerana ia bebas kimia. Hasilnya ia dapat meningkatkan kesan perwarnaan.
Cara rawatan : Bukan saja mampu menghitamkan rambut, tapi juga melebatkannya. Ambil bahagian lidah yang bertekstur seperti gel. Sapukan pada rambut, sapu rata dan kemudian bilas bersih dengan air sejuk. Kemudian cuci rambut bersih dengan syampu. Amalkan dua hingga tiga kali setiap seminggu.
7. Bunga Raya
Masker bunga ini dapat menguatkan dan memelihara folikel rambut. Pada masa yang sama ia juga dapat merangsang penumbuhan rambut yang sihat dan mencegah rambut beruban secara pramatang. Ia juga boleh menjadi agen pewarna rambut.
Cara rawatan : Ambil 10–15 kuntum bunga raya dan bilas hingga keluar minyak seperti lendir. Basahkan rambut terlebih dahulu dan lumurkan minyak seperti lendir ini pada rambut. Biarkan selama 3-5 minit dan bilas rambut hingga bersih. Ulangi rejim ini 2-3 kali seminggu.



0 comments:
Post a Comment